the LADIES TEAM PHOTOGRAPHER
By: candidsyndicate photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 3-Nov-2007 18:18 Email | Share | | Bookmark
::: razman & munna ::: indoor ::: kuala lumpur ::: PART 2 :::






hulla hallu heeeey ...

sihat semua? harap2 semua berada di dalam lindungan Allah setiap masa ... dan seperti yang dijanjikan terimalah aksi2 razman dan munna yang seterusnya ... seperti yang nash katakan, bekerja dengan mereka memang M E L E T O P puas dan enjoyed setiap masa ...

keberanian dan keselambaan mereka memberikan aksi2 yang menarik memang banyak membantu nash dalam mencorakkan gambar2 ini. ini jugalah yang sering nash sarankan kepada rakan2 customer nash samada yang lepas atau pun yang akan datang. jangan malu ... jangan segan ... sebab perkahwinan ni, hanya sekali seumur hidup ... buatlah yang terbaik ... buang perasaan segan atau malu ... beraksilah sepuas-puasnya ... anggap seolah-olah nash tak ada kat situ ... layarilah cinta kalian sepuas-puasnya ... kerana ukiran2 wajah inilah yang akan kalian kongsikan bersama anak cucu di masa2 akan datang ...

untuk kesekian kalinya ... terima kasih sekali lagi kepada razman dan munna di atas kepercayaan mereka terhadap nash ... semoga kalian kekal bahagia sehingga ke akhir hayat ... dianugerahkan zuriat2 yang berguna kepada keluarga, bangsa dan agama ...

oh ya! seronoknya nash ketika ini ... kerana ketika ini terdapat 6 orang rakan2 customer nash sebelum ini ... sedang meniti kebahagiaan menanti kehadiran 'orang baru' cahayamata. kepada aliza & abang nasir ... ena & firdaus ... siti & achoi ... nurul & zafiz ... johan & liza ... achid & shida ... tahniah ! tahniah ! tahniah ! hahaha tak lama lagi nash, gee dan anis akan jadik hanty ... kepada semua ... i love you all thanks for sharing this best moments. pesan nash ... jaga diri baik2 ... jaga kesihatan ... dan jaga makan okay ... dan kepada bakal papa2 atau daddy2 ini ... jaga bakal mama2 atau mummy2 ni baik2 tau ... nash sayang kat dorang tau ...


Thursday, 25-Oct-2007 14:42 Email | Share | | Bookmark
::: kembali dari aidil fitri ::: from medan with love :::













hulla...

yaaaaaaa!!!! seperti yang telah dirancang akhirnya semua menjadi kenyataan!

tapi terdahulu ... nash nak ucapkan jutaan terima kasih setulus ikhlas dari hati nash kepada norsam dan keluarga terutama ibunya, ibu ramnah saragih kerana sudi menerima kunjungan nash ke teratak indah mereka di pasar lama sahkuda bayu, indonesia untuk sama2 menyambut syawal yang mulia ini.

terlalu banyak yang indah untuk dicoretkan di sini dan yang pasti ... budi baik serta kesungguhan mereka melayan nash setiap masa ... setiap ketika ... bagai menatang minyak yang penuh, tak akan nash lupa sampai bila2. syukur ... kerana jalinan silaturahim ini benar2 menyentuh rasa kasih sayang nash terhadap mereka. dan kini semua kenangan2 indah ini menambahkan lagi rasa 'kangen' nash kepada mereka...

semoga kami berpeluang lagi bersua muka di masa akan datang dan nash pasti, nash akan kembali lagi ke sana. walaupun perjalanan amat memeritkan, namun nash tidak serik. kelembutan dan keibuan ibu ramnah melayan nash bagaikan anak sendirilah yang meyakinkan yang nash akan kembali ...insyallah !

terima kasih juga kepada kak ida, sormar, dedeq, kokong, abang darma, ganda, kak leili dan semua keluarga di pasar lama sahkuda bayu kerana begitu ikhlas menyambut kehadiran nash. dapat nash rasakannya di sudut hati nash, mereka memang benar2 ikhlas dan baik hati ... terima kasih jutaan kali dan nash juga sayang pada mereka...

untuk teman2 di sini ... sesuatu untuk nash kongsikan bersama korang ... yaaa!!! trivia sepanjang percutian dan perjalanan nash kat sana .... enjoy kay !!

antaranya :-

::: ikutkan tiket ... feri nash sepatutnya bertolak pukul 11 pagi tapi sebab terlalu banyak sangat masalah teknikal ekoran musim perayaan ... pukul 9 malam ... baru nash dapat bertolak. hampir sepuluh jam ... nash stuck di jetty sambil di kelilingi ratusan pendatang2 indonesia lain yang sama2 nak balik kampung :::


::: dua jam dah masuk dalam feri, feri masih tak bertolak sebab pihak imigresen masih perlu melakukan beberapa pemeriksaan pasport sebelum melepaskan feri bertolak :::

::: nash muntah 3 kali dalam feri sebab mengalami mabuk dan pening yang amat sangat. mungkin sebab feri terlalu padat dan aircond pulak tak kuat :::

::: ada seorang kakak tu pelik dan tanya kat nash "kenapa nash nak susah2kan diri macam ni, naik feri bersesak2, berebut2 dan bertolak2? sedangkan kalau naik flight kan lagi senang...? nash jawab, "saja ... cari pengalaman ... kalau tak macam ni ... kita tak kan tahu betapa susahnya orang2 indon nak datang mesia cari makan .. sambil2 tu boleh rakamkan apa2 yang patut..." dan kakak tu sekarang dah jadi kakak angkat nash ... sebab dia suka sangat kat nash ... hahahahaha :::

::: tengok dengan mata sendiri betapa 'kurang ajar' pihak imigresen mesia yang bertugas waktu itu melayan orang2 indon ... sorry to say ... layanan bagaikan seekor binatang ... diherdik ditengking sesuka hati. nasib baik dengan nash dorang okay sebab dorang tahu, nash ORANG MALAYSIA !! :::

::: perjalanan feri nash menuju ke tanjung balai mengambil masa selama empat jam! paling best bila feri dah jalan, nash dan lain2 penumpang dibenarkan naik ke bumbung bot untuk menghirup udara laut malam yang sejuk dan dingin :::

::: nash tak banyak shoot dengan still kamera sebab leka layan handycam yang baru dibeli semata-mata untuk percutian ke medan ni hehehehe :::

::: sampai di jetty tanjung balai, nash dan penumpang lain hanya dibenarkan keluar selepas 2 jam berlabuh kerana pihak imigrasi indonesia perlu melakukan pemeriksaan terhadap semua penumpang. tapi nash bernasib baik dibenarkan keluar lebih awal ... sebab apa? nash pun tak tahu ... sedangkan jika kita berada di indonesia, rakyat malaysia sepatutnya orang terakhir yang dibenarkan keluar. begitu juga kalau di jetty malaysia, rakyat malaysia yang dibenarkan keluar lebih awal .. rakyat indonesia yang terakhir dibenarkan keluar :::

::: dari jetty tanjung balai menuju ke rumah norsam (pasar lama sahkuda bayu) memerlukan tiga jam lagi perjalanan berkereta. tapi ketibaan nash di jetty sememangnya telah ditunggu oleh keluarga norsam. mereka dah tunggu nash disana .. seawal jam empat petang ... sebab feri nash delayed .. dorang pun stuck sama berjam2 di jetty tanjung balai ::::

::: tujuh pagi tiba di rumah norsam ... nash bantai tido puas2 sebab terlalu penat dengan perjalanan semalaman semalam. syukur dorang faham dan tak ganggu nyenyak nash sepanjang hari ... hehehehe :::

::: alhamdulillah ... nash sempat mengerjakan sembahyang sunat raya bersama seluruh keluarga norsam ... dan mengunjungi saudara maranya di kota siantar dengan menaiki bus sewa (sebenarnya van yang telah diubah suai menjadi public bus ...) :::

::: di sana ... pemandu2 mereka tidak kira samada kereta, bus mahupun motosikal semuanya laju2 belaka ... memotong ... memintas kenderaan lain ... sesungguh sungguhnya ... buat dada nash sentiasa berdegup kencang ... ngeri tapi yang pelik jarang ada kemalangan ... itu yang pasti ... hehehehe :::

::: nash sempat merakam pertunjukan kuda kepang dan aksi2 pelik penari2nya :::

::: nash juga sempat merakamkan upacara dan adat istiadat kematian kaum batak yang kebetulan sedang berlangsung ketika nash dalam perjalanan pulang dari danau toba. satu pengalaman baru dan tak pernah nash lihat sebelum ini... :::

::: sebaik keluar dari kawasan danau toba ... nash terus demam dan sakit tekak sebab terlalu banyak hidu asap2 kenderaan yang berpusu2 menuju ke danau toba sewaktu kami ke sana... [b]:::

::: pertama kali nash makan telur ikan emas sebesar lengan manusia. sedap sebab ada rasa manis2 dan masin2 sikit :::

::: nash sempat merakamkan pertunjukan dangdut yang diadakan di kawasan sekitar kampung. upacara tahunan setiap kali ada hari2 kebesaran.. syok ooooo....standard inul gituuuu....asiiikk !!!hehehehehe :::

::: nash juga sempat merakamkan satu situasi di sebuah kawasan pelacuran yang sememangnya diizinkan oleh kerajaaan indonesia untuk beroperasi. setiap rumah pelacuran memainkan muzik atau lagu2 yang berbeza. hehehehe lagu siti nurhaliza paling banyak diputarkan di situ ... yang lain2 banyak remix dangdut dan hip hop .... :::

::: nash memang banyak dan kaya dengan makanan di sana... keluarga norsam tak putus2 suakan makanan untuk nash ... takut nash lapar, kata mereka ... hahaha balik mesia hari tu memang dah tembam sikit ... :::

::: pertama kali menjejakkan kaki di danau toba ... kagum dengan kebesaran dan ciptaan Allah.. tasiknya terlalu luas bagaikan sebuah lautan lepas ... tak bertepi kalau walaupun kita berada ditengah2 tasik... :::

::: paling best ...shopping ! barang2nya murah jika dibandingkan di malaysia :::

::: macamana sukarnya perjalanan datang ... begitu juga dengan perjalanan pulang ... cuma bersyukur sebab feri tak delay lagi :::

::: sekembali dari medan ... sampai dirumah... hanya empat jam nash sempat menjejakkan kaki...tak sempat tido ... kemas barang2... punggah beg2 dari medan ... lepas tu terus bertolak ke LCCT untuk ke kelantan pula ...hahahaha :::

itu sahaja yang terlintas di kepala setakat ini... kata orang, "kalau takutkan ombak jangan berumah ditepi pantai.." sebenarnya bila nash amik keputusan untuk buat percutian begini ke medan, nash dah bersiap sedia dengan semua kemungkinan dan keperitan yang bakal nash hadapi. sebab tu ... nash tak kisah walaupun terpaksa bersusah2 ... terpaksa bersesak2 ... terpaksa berasak2 !! alhamdulillah semuanya okay dan yang pasti nash puas dan enjoy sangat2!!! errmmmm....nak pegi lagi lain kali... ada berani ??? hahahahah



Thursday, 13-Sep-2007 10:28 Email | Share | | Bookmark
::: razman & munna ::: nikah ::: kuala lumpur ::: PART 1 :::














Photos by Nash
Design by Gee
This pictures is Copyright © 2006-2007, Candidsyndicate Photography Sdn. Bhd.


Client's Testimonial
Quote:
my dearly laling nash n gee!!! halloo u guysss!!! salam ramadhan dan slamat berpuasa!!!
assalamualaikummm....

yabedabedoooooooooo!!!! woowwww!!!!

finally... d moment that we hv waiting 4 has arrived!!!

which is my wedding pictures!!!

ni baru part 1...

awesomeee job!!! beshhhh sesgtttt!!!! this is what i really want 4 my wed pic n u guys had made it come true!!! congratsss!!! congratsss!!!

anyway, it was nice working with d ladies team!! dorg mmg dan sentiasa tetap melayan kerenah kiteorg yg mmg over n excited nak ambk gmbr!! u knw i love taking pics!! n my hubby kureng sikit...but disebabkan tunjuk ajar frm u guyss..die berjaya jugak.. akhirnya...hahahah...lots of sweet memories we ve shared that day!! n i wanne say thank you guys so much 4 everything!!

so... my last words will be ...

jeng jeng jeng....

2 all yg sedang mencari photographer.. believe me...they r the besttt ever!!! candid syndicate...
u guysss rowwwkkksss!!!
love hugs n kisses frm us ( mona & man ) mwahhxxsss

Sat 15-Sep-2007 06:05
Posted by:mona


assalamualaikum...hi guys..!!

salam ramadhan dan selamat berpuasa!

semoga kalian tenang dan tabah dalam menjalani ibadah yang mulia ini. dan yang pasti kami di sini sentiasa mendoakan semoga kalian terutamanya teman teman yang telah banyak memberi sokongan terhadap perjuangan kami selama ini sentiasa dianugerahkan rezeki yang murah, kesihatan yang baik, kehidupan yang diredhai dan dilindungi Allah sepanjang masa...amin..!

sememangnya lazim di bulan2 ramadhan seperti ini, undangan perkahwinan bukanlah seperti bulan2 yang lain. namun demikian tugasan editing dan penyiapan album kami, tetap berjalan seperti biasa. adalah 1 atau 2 undangan berbuka puasa yang perlu dipenuhi, tidak banyak... tapi alhamdulillah...adalah sikit rezeki dari Allah...insyallah...!

oh ya ! dengan kesempatan yang ada ini juga, ingin sekali saya iaitu nash, gee dan anis mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada kalian semua, terutama semua teman-teman seperjuangan di arena ini, teman2 bekas pelanggan kami dan teman2 pelanggan yang masih dan sedang bersama kami di atas ingatan dan ucapan penuh makna buat kami sempena bulan yang diberkati ini. tidak kira samada melalui telefon, email mahupun sms, semuanya amat2 kami hargai..thank you guys..!!

"... ambillah secebis ketabahan SITI KHADIJAH ... secangkir keluhuran FATIMAH ... selautan ilmuan AISYAH ... sekudus taqwa RABIATUL ADAWIYAH ... dan sejernih ingatan KAMI di sini (nash, gee dan anis) dengan ucapan penuh ikhlas SALAM RAMADHAN SALAM AL MUBARAQ ...."

okay... ke pasangan berikutnya MUNNA dan RAZMAN...

you all ingat lagi tak iklan celcom? kalau tak silap nash adalah dalam 3-4 tahun lepas? antara dialognya berbunyi, "hai..you look blue..!" haaaaa.....inilah pengantin perempuannya, munna. dan munna ni jugak pernah jadik pengacara rancangan 'pasport sinaran kegemilangan', juga beberapa tahun yang lalu...

sekarang ni, dia dah tak aktif sangat tapi agak sibuk membantu bisnes yang diterajui suaminya, razman.
bekerjasama dengan pasangan ini, meninggalkan banyak kenangan buat nash. kenangan manis ada, kenangan lucu pun ada. yang pasti mereka berdua ni memang sporting dan lebih sporting dari perkataan sporting itu sendirik...hehehehehe

entry kali ini..kita bersama dorang untuk upacara akad nikah dan seterusnya kelak kita ke acara persandingan mereka yang diadakan di saloma bistro. sungguh meriah dan penuh bermakna bagi kedua-duanya...

so guys..enjoy the pics...salam sejahtera...dan jaga diri baik2....amin...

and in advance ...

thank you so much for the comments .... sesuatu yang cukup istimewa dari kalian sebagai pembakar kepada semangat semangat kami .....


Thursday, 30-Aug-2007 06:14 Email | Share | | Bookmark
::: zul & rafidah ::: selayang :::







Photos by Nash
Album Design by Gee
Make up by Anis


hulla...dan salam sejahtera untuk smuer....

apa khabar? semoga semuanya sihat2 belaka dan kami di sini..alhamdulillah...segala-galanya masih lagi berjalan lancar... walaupun ada ketikanya, kami bagaikan tidak menang tangan namun bersyukur... semua masih dan tetap berjalan seperti yang dirancang..

oh ya! sehari saja lagi kita akan menyambut ulangtahun ke 50 tahun MERDEKA negara kita MALAYSIA yang tercinta. dan tak lama juga lagi, kita semua akan menyambut ketibaan bulan RAMADHAN bulan yang mulia.

bersempena kedua-dua hari yang bersejarah ini, kami di CandidSyndicate ingin sekali mengucapkan SALAM MERDEKA dan SALAM RAMADHAN untuk semua. apa yang pasti kedua dua hari yang bersejarah ini, satu ketika dulu pernah menuntut pengorbanan yang maha besar terhadap wira-wira kita yang pernah syahid dan berjuang bermati-matian untuk mencapai apa yang telah kita kecapi hari ini. jadi dengan rasa keinsafan...marilah kita sama-sama MENGHARGAI dan MENJAGANYA dengan baik...insyallah...

okay guys!! kali ini... kita beralih arah sedikit boleh...? kalau selalu... kami MEMFOKUSKAN lebih kepada gambar2 yang tertera di dalam entry sebelum sebelum ini...tapi kali ini..kami nak fokus lebih kepada hasil kerja sahabat kami ANIS sebagai MAKE UP ARTIST dan salah seorang tulang belakang kepada CandidSyndicate PHOTOGRAPHY...(gee sabar ye... lepas entry ni, nash akan highlight ur custom album design pulak...)

feedback yang kami terima dari beberapa ex-clients kami yang pernah menggunakan perkhidmatan anis sebagai make up artist...ternyata AMAT MEMBERANGSANGKAN! kenyataan atau komen2 mereka juga ada kami paparkan di entry2 sebelum ini untuk rujukan kepada bakal2 pengantin yang berminat dengan sentuhan anis. bukan nak promote lebih2 ...but sesiapa yang pernah bekerja dengan kami..bekerja dengan anis...so far tak pernah kecewa dengan apa yang kami berikan ...alhamdulillah!

so...kalau masih ada bakal2 pengantin di luar sana yang masih tercari-cari make up artist yang bakal menghiaskan wajah anda..kami yakin dan kami syorkan ANIS lah jawapannye...

okay guys!! enjoy dengan gambar2 zul dan rafidah ini dan enjoy juga dengan make up hasil sentuhan anis ini..

to zul and rafidah...thank you so much sebab percayakan kami and thank you so much jugak for everything..you guys memang beshhhh....memang besshhhh dan memang besshhhhhhh !!! oh ya! atas permintaan you fidah, we all dah masukkan wording2 romantic untuk kenangan you dengan zul, hope u like it... romantic gitu...!!

tapi sebelum kami akhiri...ada satu soklan cepumas...dah ada apa2 ke...?? tak sabar nak tunggu new born..mesti comel giler...yelah daddynye enchem...mummy pulak cun...anak2 yang bakal lahir mesti gempaksssss...... take care guys and we love you so much..!!!!


Tuesday, 7-Aug-2007 17:35 Email | Share | | Bookmark
::: aseb & asnie ::: bertandang ::: segamat :::

oh gelap pulak...
berdebar...
mana aseb ni..?
View all 34 photos...






Photos by Nash and Gee
Make up by Anis


Client's Testimonial
Quote:
Date: Wed, 8 Aug 2007 12:30:40 +0800
From: "Asni Che Abd Aziz" <asniaziz83@yahoo.com
To: candidsyndicate@yahoo.com

Bonjour people!!!!!

Yeay! Thanks for putting up the pictures, Nash! =)

After our engagement in February, I quickly did my survey. Nak cari photographer for our wedding, both in Kota Bharu and Johor. Quite interested in few of them, and we did ask for quotations.

But, finally we decided to choose CANDIDSYNDICATE. Not only because it’s an all ladies team, but also due to their quick response to my query (via e-mail) and most importantly, I chose them over all other photographers because of the happy, cheerful and friendly voice that I heard over the phone when I first called them for further details about their photography package – It was Nash. =)

Even after I mentioned to her that Asni tak boleh confirm lagi, she still maintained the friendly & mesra voice of her, unlike certain people yang akan annoyed dan akan kedengaran marah bile kite seem tak confirm nak amik service die.

Further, Asni & Aseb chose CANDIDSYNDICATE jugak because the team offers make-up service as well. So, being a young couple, yang baru nak build our career semua, Nash had successfully convinced us that , by picking them, it somehow will save our budget jugak since we need not pay their traveling cost twice (one for photographers and one for make-up artist).

And also, I knew that our wedding would be sederhana, but still I want someone to capture those moments beautifully. So, having seen their work (as posted kat their fotopages), I picked them. Nash, thank you, the pictures are awesome!!! =)

Mase mula2 cakap kat my friends yang I choose K.Anis as my make up artist for my wedding even before tengok her work in person, memang diaorang agak doubtful and indirectly agak merisaukan Asni.

But hey, after dah dimake-up and all, I love her work! Thank you K. Anis. Not only she’s good at doing her job, tapi seorang yang sangat baik and memang very sister-like. Dia layan je asni yang berperangai agak kebudak-budakan dan manja (mengade!) on that wedding day. =) Thank you K. Anis! Hehe!

And oh? Gee!!! She’s like a bubbly and comel kakak and sungguh energetic. And like Nash, she took amazing pictures! To me at least! =) It’s fun when she’s around! Thank you Gee!!!

And oh, before majlis bertandang, mase kat dalam hotel, Nash and Gee pesan suruh constantly tengok diaorang (as in ‘look at the camera’) masa majlis berjalan. One thing they didn’t know at that time is that, I’M ABSOLUTELY IN LOVE WITH CAMERAS AND I LOVE MY PICTURES BEING TAKEN .OF COURSE I WILL LOOK AT THE CAMERA! Haha! =pp

All in all, Nash, Gee and K. Anis sangat sporting and professional at the same time. Thank you for everything and sorry for any inconvenience caused including for the imperfect accommodation as well for the not so smooth journey that u guys had.…

Honestly, to our mind (Aseb & mine), it is a new friendship that has been built rather than a business relationship…and with that, CANDIDSYNDICATE ROCKKKKKKKKKSSSSS!!!! =)

With Love, Asni & Aseb.


hulla...

ya...pastinya sesuatu yang menyeronokkan bila mendapat gambaran lengkap apa yang dimahukan oleh pengantin dihari bersejarah mereka dan lebih membanggakan bila ianya berjaya direalisasikan dan si pengantin pula berpuashati dengan setiap sentuhan yang diberi..

pengantin dan jurugambar, masing2 punya peranan sendiri dalam memastikan setiap agenda perkahwinan berjalan lancar. tidak banyak yang kami minta, cukuplah sekadar pasangan pengantin bersikap sporting, terbuka dan ceria...

seperti pasangan peguam muda ini. mereka tahu apa yang kami mahu dan kami juga tahu apa yang mereka mahu. maka lahirlah sebuah album perkahwinan impian yang mereka nantikankan selama ini dan yang pasti akan mereka usung sehingga ke anak cucu...

majlis di adakan di kediaman aseb di segamat, johor. meskipun sederhana...suasana meriahnya cukup terasa. mereka berdua ni memang cukup sporting dalam memberikan setiap kerjasama, paling best mereka tahu bila masa untuk 'berkomunikasi' dengan kamera kami dan itu memang membanggakan kami..

kepada aseb dan asnie...you guys rockssssss bebs..!!!





[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net