Want your
own Fotopage?
























 
THE LADIES TEAM are ready for YOUR BIG DAY ! CHECK IT OUT !!!!

By: candidsyndicate photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Oct-2007 14:42 Email | Share | Bookmark
::: kembali dari aidil fitri ::: from medan with love :::













hulla...

yaaaaaaa!!!! seperti yang telah dirancang akhirnya semua menjadi kenyataan!

tapi terdahulu ... nash nak ucapkan jutaan terima kasih setulus ikhlas dari hati nash kepada norsam dan keluarga terutama ibunya, ibu ramnah saragih kerana sudi menerima kunjungan nash ke teratak indah mereka di pasar lama sahkuda bayu, indonesia untuk sama2 menyambut syawal yang mulia ini.

terlalu banyak yang indah untuk dicoretkan di sini dan yang pasti ... budi baik serta kesungguhan mereka melayan nash setiap masa ... setiap ketika ... bagai menatang minyak yang penuh, tak akan nash lupa sampai bila2. syukur ... kerana jalinan silaturahim ini benar2 menyentuh rasa kasih sayang nash terhadap mereka. dan kini semua kenangan2 indah ini menambahkan lagi rasa 'kangen' nash kepada mereka...

semoga kami berpeluang lagi bersua muka di masa akan datang dan nash pasti, nash akan kembali lagi ke sana. walaupun perjalanan amat memeritkan, namun nash tidak serik. kelembutan dan keibuan ibu ramnah melayan nash bagaikan anak sendirilah yang meyakinkan yang nash akan kembali ...insyallah !

terima kasih juga kepada kak ida, sormar, dedeq, kokong, abang darma, ganda, kak leili dan semua keluarga di pasar lama sahkuda bayu kerana begitu ikhlas menyambut kehadiran nash. dapat nash rasakannya di sudut hati nash, mereka memang benar2 ikhlas dan baik hati ... terima kasih jutaan kali dan nash juga sayang pada mereka...

untuk teman2 di sini ... sesuatu untuk nash kongsikan bersama korang ... yaaa!!! trivia sepanjang percutian dan perjalanan nash kat sana .... enjoy kay !!

antaranya :-

::: ikutkan tiket ... feri nash sepatutnya bertolak pukul 11 pagi tapi sebab terlalu banyak sangat masalah teknikal ekoran musim perayaan ... pukul 9 malam ... baru nash dapat bertolak. hampir sepuluh jam ... nash stuck di jetty sambil di kelilingi ratusan pendatang2 indonesia lain yang sama2 nak balik kampung :::


::: dua jam dah masuk dalam feri, feri masih tak bertolak sebab pihak imigresen masih perlu melakukan beberapa pemeriksaan pasport sebelum melepaskan feri bertolak :::

::: nash muntah 3 kali dalam feri sebab mengalami mabuk dan pening yang amat sangat. mungkin sebab feri terlalu padat dan aircond pulak tak kuat :::

::: ada seorang kakak tu pelik dan tanya kat nash "kenapa nash nak susah2kan diri macam ni, naik feri bersesak2, berebut2 dan bertolak2? sedangkan kalau naik flight kan lagi senang...? nash jawab, "saja ... cari pengalaman ... kalau tak macam ni ... kita tak kan tahu betapa susahnya orang2 indon nak datang mesia cari makan .. sambil2 tu boleh rakamkan apa2 yang patut..." dan kakak tu sekarang dah jadi kakak angkat nash ... sebab dia suka sangat kat nash ... hahahahaha :::

::: tengok dengan mata sendiri betapa 'kurang ajar' pihak imigresen mesia yang bertugas waktu itu melayan orang2 indon ... sorry to say ... layanan bagaikan seekor binatang ... diherdik ditengking sesuka hati. nasib baik dengan nash dorang okay sebab dorang tahu, nash ORANG MALAYSIA !! :::

::: perjalanan feri nash menuju ke tanjung balai mengambil masa selama empat jam! paling best bila feri dah jalan, nash dan lain2 penumpang dibenarkan naik ke bumbung bot untuk menghirup udara laut malam yang sejuk dan dingin :::

::: nash tak banyak shoot dengan still kamera sebab leka layan handycam yang baru dibeli semata-mata untuk percutian ke medan ni hehehehe :::

::: sampai di jetty tanjung balai, nash dan penumpang lain hanya dibenarkan keluar selepas 2 jam berlabuh kerana pihak imigrasi indonesia perlu melakukan pemeriksaan terhadap semua penumpang. tapi nash bernasib baik dibenarkan keluar lebih awal ... sebab apa? nash pun tak tahu ... sedangkan jika kita berada di indonesia, rakyat malaysia sepatutnya orang terakhir yang dibenarkan keluar. begitu juga kalau di jetty malaysia, rakyat malaysia yang dibenarkan keluar lebih awal .. rakyat indonesia yang terakhir dibenarkan keluar :::

::: dari jetty tanjung balai menuju ke rumah norsam (pasar lama sahkuda bayu) memerlukan tiga jam lagi perjalanan berkereta. tapi ketibaan nash di jetty sememangnya telah ditunggu oleh keluarga norsam. mereka dah tunggu nash disana .. seawal jam empat petang ... sebab feri nash delayed .. dorang pun stuck sama berjam2 di jetty tanjung balai ::::

::: tujuh pagi tiba di rumah norsam ... nash bantai tido puas2 sebab terlalu penat dengan perjalanan semalaman semalam. syukur dorang faham dan tak ganggu nyenyak nash sepanjang hari ... hehehehe :::

::: alhamdulillah ... nash sempat mengerjakan sembahyang sunat raya bersama seluruh keluarga norsam ... dan mengunjungi saudara maranya di kota siantar dengan menaiki bus sewa (sebenarnya van yang telah diubah suai menjadi public bus ...) :::

::: di sana ... pemandu2 mereka tidak kira samada kereta, bus mahupun motosikal semuanya laju2 belaka ... memotong ... memintas kenderaan lain ... sesungguh sungguhnya ... buat dada nash sentiasa berdegup kencang ... ngeri tapi yang pelik jarang ada kemalangan ... itu yang pasti ... hehehehe :::

::: nash sempat merakam pertunjukan kuda kepang dan aksi2 pelik penari2nya :::

::: nash juga sempat merakamkan upacara dan adat istiadat kematian kaum batak yang kebetulan sedang berlangsung ketika nash dalam perjalanan pulang dari danau toba. satu pengalaman baru dan tak pernah nash lihat sebelum ini... :::

::: sebaik keluar dari kawasan danau toba ... nash terus demam dan sakit tekak sebab terlalu banyak hidu asap2 kenderaan yang berpusu2 menuju ke danau toba sewaktu kami ke sana... [b]:::

::: pertama kali nash makan telur ikan emas sebesar lengan manusia. sedap sebab ada rasa manis2 dan masin2 sikit :::

::: nash sempat merakamkan pertunjukan dangdut yang diadakan di kawasan sekitar kampung. upacara tahunan setiap kali ada hari2 kebesaran.. syok ooooo....standard inul gituuuu....asiiikk !!!hehehehehe :::

::: nash juga sempat merakamkan satu situasi di sebuah kawasan pelacuran yang sememangnya diizinkan oleh kerajaaan indonesia untuk beroperasi. setiap rumah pelacuran memainkan muzik atau lagu2 yang berbeza. hehehehe lagu siti nurhaliza paling banyak diputarkan di situ ... yang lain2 banyak remix dangdut dan hip hop .... :::

::: nash memang banyak dan kaya dengan makanan di sana... keluarga norsam tak putus2 suakan makanan untuk nash ... takut nash lapar, kata mereka ... hahaha balik mesia hari tu memang dah tembam sikit ... :::

::: pertama kali menjejakkan kaki di danau toba ... kagum dengan kebesaran dan ciptaan Allah.. tasiknya terlalu luas bagaikan sebuah lautan lepas ... tak bertepi kalau walaupun kita berada ditengah2 tasik... :::

::: paling best ...shopping ! barang2nya murah jika dibandingkan di malaysia :::

::: macamana sukarnya perjalanan datang ... begitu juga dengan perjalanan pulang ... cuma bersyukur sebab feri tak delay lagi :::

::: sekembali dari medan ... sampai dirumah... hanya empat jam nash sempat menjejakkan kaki...tak sempat tido ... kemas barang2... punggah beg2 dari medan ... lepas tu terus bertolak ke LCCT untuk ke kelantan pula ...hahahaha :::

itu sahaja yang terlintas di kepala setakat ini... kata orang, "kalau takutkan ombak jangan berumah ditepi pantai.." sebenarnya bila nash amik keputusan untuk buat percutian begini ke medan, nash dah bersiap sedia dengan semua kemungkinan dan keperitan yang bakal nash hadapi. sebab tu ... nash tak kisah walaupun terpaksa bersusah2 ... terpaksa bersesak2 ... terpaksa berasak2 !! alhamdulillah semuanya okay dan yang pasti nash puas dan enjoy sangat2!!! errmmmm....nak pegi lagi lain kali... ada berani ??? hahahahah


Susah untuk digambarkan...yang pastinya suasana pasti menggembirakan....
err...tak pernah sampai ke Medan lagi....insyaalah kalau ada rezeki ingin ke sana
Fri 26-Oct-2007 02:04
Posted by:khairul reanemiya@yahoo.com  - [Link]
amboi-amboi...dia...seronoknya! Fri 26-Oct-2007 05:37
Posted by:iansham iansham110704@yahoo.co.uk  - [Link]
happy gile sumeorg

are you a wedding photographer? wedding planner? make decoration for wedding? or recently spent thousands of ringgit for your wedding?

then share your experience at http://www.kahwin2.net and get greater traffic
Fri 26-Oct-2007 11:26
Posted by:eddie  - [Link]
kak nash,
syok giler adventure kak nash kali nie. marjan ingat nak buat gak lah... berapa jam pergi medan dari klang tu? ada life jacket tak? ....adventure, adventure gak ..tapi takut tu still ada ..hehehe
Sat 27-Oct-2007 00:50
Posted by:marjan marjan@blogsome.com  - [Link]
Teringin nak makan ikan pekasam...mai la singgah kat sini>>>>>>>>>>>>>>>>>>
http://cucuqutara.fotopages.com
Sat 27-Oct-2007 03:47
Posted by:umi ryzal_3055@yaho.com.my  - [Link]
marjan ...

memang adventure giler!!! ikutkan keseluruhan perjalanan, semua sekali 8 jam. itu kat dalam feri je tu...kematu jugaklah punggung... tapi sebab excited sangat2, nash let go je sumer tu. life jacket, mestilah ada ... banyak sangat kat dalam feri tu.. sama semua masih boleh guna atau tidak, nash tak pasti. tp sebaik saja nash naik feri tu..nash terus amik satu life jacket, periksa samada masih okay atau tak.. yang okay nash letak betul2 kat bawah sit nash. sediakan payung sebelum hujan...heheheh
Sat 27-Oct-2007 11:41
Posted by:nash>>candidsyndicate  - [Link]
nash ke medan.. qimie ke bali.. but not on d 1st day raya lah... hajat di hati nak wat camtuh.. tp my mom mengamuk.. takper.. next year akan ku cuba skali lagik... chantek2 gambor nash amik. i punye tak abih2 edit lagik.. hahah.. Sat 27-Oct-2007 15:30
Posted by:qimie  - [Link]
waaa, nash pi medan naek feri. what an experienced!! gmbr suma mmg cun2. besides gmbr yg menarik, experince kat sana tu yg berharga.
re: yup, tu anak kakak ayu. dia mmg popular la kat fp ayu sbb dr dia kecik dok letak gmbr dia je, heheh..
Sat 27-Oct-2007 16:59
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
byk nyer event dlm jadual korang nie Mon 29-Oct-2007 11:36
Posted by:++ FarEast Canon Shooter ++  - [Link]
bestnyer gi jalan2... gambar pun lawa2... Mon 29-Oct-2007 19:35
Posted by:shas shasmanizam@gmail.com  - [Link]
hello nash..

wow.. my first time here and i've fallen in love with ur works. good job!

i'm wondering if your team ambil job kat kuala selangor? if you do, can you please email me your quote i.e separately for make up and photography? i know it's easier to call you up to discuss but i'm not currently in malaysia. thanks in advance!
Mon 29-Oct-2007 20:02
Posted by:intan drsinaps@gmail.com
intan dearie ... check your email kay .... Tue 30-Oct-2007 03:43
Posted by:nash>>candidsyndicate  - [Link]
...salam raya....bley email quotation tuk majlis akad nikah n wedding december nie...akulersaperlagie@yahoo.com Wed 31-Oct-2007 05:33
Posted by:akulersaperlagie
so nice dpt jln2 mcm nih.........
plu sgamba2 yg superb....
terkejut tgk schedule awk tu...!hehee
Wed 31-Oct-2007 10:37
Posted by:zilzal  - [Link]
Nash, gerek sihhh
Naik feri gie Medan, sepuloh jam lak tue nak menunggu Kalau lah kita yang ikut Nash ke sana dalam keadaan memboyot nie. Kompom muntah bukan setakat 3 kali mcm Nash tapi 333 kali dan mesti pengsan sebelum sempat sampai ke Medan.
Apa-apa pun janji dapat pengalaman kan Nash. For the next trip akan ku follow jua
Thu 1-Nov-2007 07:39
Posted by:Salima-melaka salima.samail@honda.net.my
::: tengok dengan mata sendiri betapa 'kurang ajar' pihak imigresen mesia yang bertugas waktu itu melayan orang2 indon ... sorry to say ... layanan bagaikan seekor binatang ... diherdik ditengking sesuka hati. nasib baik dengan nash dorang okay sebab dorang tahu, nash ORANG MALAYSIA !! :::

--------------

gitu jugak le yg dilayan dek imigresen indon pada org kita kat sana sesetengahnye...
by the way...nice pic taken.
Mon 12-Nov-2007 02:57
Posted by:PictoSyndrome  - [Link]
mungkin jugak...but alhamdulillah lah...masa nash sampai kat imegresen dorang, dorang layan dengan penuh hormat..mungkin sebab dorang tahu nash tourist agaknya...btw kalau fikir2kan balik...imigresen kita layan dorang macam tu mungkin sebab orang2 indon ni datang sini sebab carik makan.. so masing2 mulalah nak tunjuk besar kepala... haih! ntah lah dunia...dunia...

..... oh ya! thanks for dropping down ....
Mon 12-Nov-2007 09:39
Posted by:nash >>> candidsyndicate  - [Link]
aku merindui danau toba. rasa nak gi skali lagi laaaa..... Wed 14-Nov-2007 20:32
Posted by:alfarooq  - [Link]
nash makin mengganas Mon 19-Nov-2007 09:23
Posted by:krul  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.