 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
THE LADIES TEAM are ready for YOUR BIG DAY ! CHECK IT OUT !!!!
 By: candidsyndicate photography
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 15-Nov-2007 09:33 |
Email | Share | Bookmark |
|
::Candid Syndicate Open House:: kecil tetapi membahagiakan::
|
|
OPEN HOUSE yang langsung tidak dirancang! lalu dengan kadar segera, semua persiapan dibuat hanya pada saat2 akhir ...
walaupun 'last minute' yang pelik segalanya bagaikan sempurna ... sempurna kerana hampir 99% tetamu yang kami undang (kebanyakan rakan2 yang pernah menjadi pelanggan kami dulu, kini dan akan datang ... juga beberapa teman rapat) ... sudi menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka kami yang tidak seberapa ini ... sempurna kerana semua juadah yang kami masak ... cukup terhangat di pasaran ... sempurna kerana nash, gee, anis dan beberapa tetamu yang lain bagaikan sepakat mengenakan busana maroon yang menjadi tema majlis .... sempurna kerana kami mendapat pembantu2 yang cukup berdedikasi ... sempurna kerana semua juadah hampir licin namun masih ada untuk dibungkus dan disedekahkan kepada jiran2 tertangga .... pendekata ... majlis yang kecil ... majlis yang sederhana ... tetapi berjiwa besar ini cukup2 membahagiakan kami .....
oleh kerana memang niat hendak meraikan rakan2 yang pernah menjadi pelanggan kami dan beberapa teman2 rapat ... makanya dengan penuh semangat dan iltizam hehehehe .... kami sendirilah yang turun padang menyediakan segala kelengkapan ... haaaa catering2 tak main okaiiii .... hahahaha ... dengan penuh semangat ... kami sendiri pegi pasar ... kami sendiri siang ayam sebanyak 15 ekor tu dan kami sendiri yang memasak ....pendekata 3 hari 3 malamlah tak tido ... mana nak edit gambar ... mana nak mengemas rumah dan mana nak memasak .... alhamdulillah ... menjadilah jugak nasi ayam kami, lontong, lodeh, sambal ikan bilis dan rendang .... sampaikan ada kawan2 yang datang tu ... kasik tahu ... menjamu selera sehingga menjilat jari hahahahaha
penat memang penat ... tapi puas hati .... kerana kepenatan yang dicurahkan amat berbaloi ... bila sorang demi sorang tetamu yang kami undang ... hadir menunjukkan diri masing2 .... pendekata dari pukul 12 tengahari tu sampai pukul 10 malam ... masih ada tetamu yang datang ....
terima kasih banyak2 dari kami kepada semua tetamu yang sudi hadir ... antaranya aliza & abang nasir, rosnan & salwa, tinie & ijam, rahimah & zul, mellissa & zul, rina khan & partner, zie & bong, qimie & partner, diana, shikin, radiah, zack, hezri dan ramai lagi. terima kasih juga kepada teman2 rapat yang sudi meringan2 tulang membantu kami antara nora & bai, nurul, munirah dan wafa .... dorang ni memang best...memang boleh harap sangat2!!!
namun demikian ... ada sedikit kepiluan di hati ... kerana hajat di hati kami memang tinggi menggunung ... kalau boleh nak jemput semua ... serius!!! memang nak jemput semua ....!! semua rakan2 ... terutama rakan2 fotopages yang telah banyak memberi sokongan kepada kami selama ni... namun apakan daya ... hanya beberapa nama2 tertentu sahaja yang dapat kami undang untuk ke majlis sederhana kami ini ...
tapi insyallah ... ada rezeki lebih lagi di tahun hadapan ... akan kami undang semua yang ada di sini insyallah .... dan itulah harapan kami. cuma harap2 tiada yang kecil hati atau rasa terpinggir kerana tidak dijemput kelmarin ... bukan tak mahu .... cuma keadaan belum mengizinkan ...huhuhuhu
akhirkata .... terima kasih daun keladi ... insyallah di tahun hadapan kita berjumpa lagi...!!!
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|